Tahun Baru Ni, Cuba Stail T-shirt Lengan Panjang K-pop!

Tahun baru, T-shirt lengan panjang yang sama. Kalau baju cantik dan kualiti bagus, tak ya la beli yang baru kan? Tapi apa kata stail baru? TAHUN BARU, STAIL BARU! Adakah cara untuk stail T-shirt lengan panjang untuk nampak bergaya seperti Lisa dari BLACKPINK ataupun comel dan anggun seperti artis terkenal Korea, IU? Mari ikuti tips ini untuk unleash your K-pop style baru tahun ini!

Layer Je Dengan Jaket Denim!

Tips #1: Layering!

Bagaimana untuk menggayakan T-shirt lengan panjang yang monocolour dan bosan ni? Tip ini khas untuk baju macam tu! Layer je dengan cardigan ataupun jaket denim, pasti nampak macam fashionista secara serta merta. Anda juga boleh tambah aksesori seperti jam tangan ataupun gelang tangan jika anda suka. Idola Korea selalunya nampak bergaya walaupun penampilan professional, anda boleh juga! Lapiskan T-shirt lengan panjang anda dengan blazer oversized dan pakai rantai leher!

Tips #2: Bercorak & Oversized!

T-shirt lengan panjang tidak semestinya satu jenis je tau! Ada ribuan corak dan fabrik untuk T-shirt lengan panjang yang boleh anda mencubai. Ada yang monocolour, ada juga yang bercorak jalur ataupun polka dot! T-shirt lengan panjang pun ada yang oversized! Jenis baju oversized sangat berpadanan dengan seluar jeans denim. Stail kasual tapi bergaya, cubalah tips ini!

Selesa & Bergaya

Tips #3: Pastikan selesa!

Jika pakaian anda ketat dan menyekat pengerakan anda, ia tidak berbaloi walaupun pakaian cantik dan bergaya. Orang lain pun akan perhatikan betapa tidak selesanya pakaian anda! Paling penting, T-shirt lengan panjang anda selesa semasa bersukan. Ada tips untuk nampak bergaya semasa bersenam tak? Ada! Padankan T-shirt anda dengan seluar senaman anda, contohnya; T-shirt lengan panjang hitam dengan seluar yoga hitam yang bercorak simple tapi bergaya! Warna kontras seperti warna pastel dengan seluar coklat pun ok jugak! Bukan itu sahaja, anda juga boleh padan pakaian anda dengan tudung dan kasut sukan anda.

Senang kan! Selain menutup aurat, T-shirt lengan panjang selesa untuk pakai dan sempurna untuk apa-apa je jamuan yang kami hadir. Boleh pakai ke shopping, jamuan rumah terbuka, ataupun ke pejabat. Tips-tips ini pasti akan membantu anda level-up stail anda untuk tahun baru ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *